Sekolah
Kebangsaan Telok Panglima Garang dibina pada tahun 1900 dengan 23
murid. Pada tahun 1975 sebuah bangunan dua tingkat didirikan (Blok A).
Pada tahun 1989 sebuah bangunan dua tingkat didirikan (Blok B). Pada
tahun 1994 sebuah lagi bangunan didirikan (Blok C). Pada tahun 2003
sebuah bangunan dua tingkat didirikan (Blok D). Pada tahun 2004 telah
ada empat buah bangunan di SK Telok Panglima Garang. Walaupun begitu,
bilik darjah masih tidak mencukupi. Bangunan Sekolah Rendah Agama
terpaksa dirobohkan bagi memberi laluan untuk pembinaan bangunan
tambahan. Hanya sebuah blok bangunan yang tidak dirobohkan dan menjadi
Dewan Peperiksaan (Blok E). Pada tahun 2009 sebuah bangunan baru empat
tingkat siap dibina bagi menggantikan bangunan Sek. Ren Agama yang telah
uzur (Blok F).
OBJEKTIF
Matlamat
pendidikan di sekolah ini adalah untuk memperkembangkan potensi murid
secara keseluruhan, seimbang dan bersepadu. Perkembangan ini meliputi
aspek intelek, rohani, emosi dan jasmani yang akan melahirkan insan
kamil.
- Menguasai Bahasa Melayu sesuai dengan Bahasa Kebangsaan Malaysia.
- Menguasai kemahiran asas berbahasa dari segi pertuturan, pembacaan, penulisan. dalam bahasa pengantar sekolah.
- Menguasai kemahiran mengira dan menggunakannya dalam menyelesaikan masalah harian.
- Menguasai asas Bahasa Inggeris dari segi pertuturan, pembacaan, dan pemahaman sebagai bahasa kedua.
- Memahami asas-asas Sains.
- Memahami asas keimanan, beramal dan berakhlak mulia.
- Menyemai semangat patriotisme.
- Mengembangkan bakat dan kreativiti.
- Mengamalkan nilai-nilai murni.
- Menguasai kemahiran membaca dam memahami ayat Al Quran dan ibadat dalam Islam.
VISI
SK Telok Panglima Garang akan menjadi sekolah unggul menjana generasi cemerlang peringkat daerah Kuala Langat.
MISI
Mewujudkan pendidikan
berkualiti kepada semua murid melalui proses pengajaran dan pembelajaran
berkesan dalam suasana yang kondusif berteraskan
Falsafah Pendidikan
Kebangsaan.
MOTO
" SEPAKAT MENUJU KECEMERLANGAN"
PIAGAM
Dalam usaha merealisasikan Visi dan
Misi kami guru dan kakitangan Sekolah Kebangsaan Telok Panglima Garang
bertekad dan berikrar untuk menyempurnakan hak-hak pelanggan seperti
berikut:- Menyediakan prasana sekolah yang bersistematik dan berkualiti bagi kecemerlangan akademik dan kokurikulum.
- Menyediakan kemudahan pengajaran dan pembelajaran terkini dan pembangunan organisasi cemerlang dari semasa ke semasa.
- Mewujudkan permuafakatan pendidikan yang bersepadu dalam kalangan ibu bapa dan guru ke arah kecemerlangan sekolah.
- Mewujudkan suasana persekolahan yang kondusif dan selesa dengan keceriaan sekolah yang bersih dan indah.
- Mewujudkan budaya penyayang dan semangat kekitaan dalam kalangan murid, guru dan kakitangan.
LAGU SEKOLAH
MEGAH TEGUH INDAH,
JADI KEBANGGAN KAMI,
SEKOLAH KEBANGSAAN,
TELOK PANGLIMA GARANG.
JADI KEBANGGAN KAMI,
SEKOLAH KEBANGSAAN,
TELOK PANGLIMA GARANG.
BELAJAR TERUS BELAJAR,
AGAR DAPAT BERDIKARI,
DI BIDANG KESUKANAN,
HARUSLAH CEMERLANG.
IBU BAPA GURU-GURU,
HARUSLAH SEPADU,
MEMBANTU SALING MEMBANTU,
AGAR KAMI MAJU.
DEMI KEMAJUAN,
NEGARA YANG DICINTAI,
ITULAH PERJUANGAN,
NEGARA YANG DICINTAI,
ITULAH PERJUANGAN,
TEKAD AZAM KAMI.